Selamat Datang Ke Blog SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman




MAKLUMAT ASAS SEKOLAH MENENGAH DATO' MOHD YUNOS SULAIMAN

Pengetua semasa : Puan Hajah Rohayah binti Haji Bajuri
Alamat : SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman, Jalan Sawah, 81500 Pekan Nanas, Pontian, Johor
No. telefon sekolah : 07-6991831
No.faks sekolah : o7-6996833
e-mail sekolah :jea6010@yahoo.com


Panorama Sekolah

Panorama Sekolah

Isnin, 16 Julai 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

Rabu , 16 Mei -Sambutan Hari Guru bertemakan 'Guru Inovatif Melonjakan Transformasi Negara" telah berlangsung.Acara dimulakan dgn perarakan guru diiringi pelajar dan penyerahan bunga ros sebagai cenderahati drpd pelajar,ucpan wakil pelajar,perutusan hari guru dan ucapan Puan Pengetua.Guru-guru berikrar dan besama-sama menyanyikan lagu "kami guru malaysia"dgn penuh semangat.Terima kasih kepada pelajar ting.6 kerana membantu menguruskan perjalanan majlis ini .Selamat Hari Guru.

para guru melangkah masuk menuju Dewan Harmoni.
mendengar ucapan daripada KPM yang dibacakan oleh ketua pelajar.
antara persembahan para pelajar.
sesi fotografi untuk para guru.

PENYERAHAN TAKLIF

Penyerahan taklif diadakan di Masjid Jamek Pekan Nanas Pontian .Dihadiri oleh guru-guru,pelajar dan ibu bapa. Berlangsung pada 14 Januari 2012.



MAULIDUR RASUL


Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan dengan Tema "persefahaman Asas Perpaduan Ummah".Majlis dimulakan dengan perarakan sambil berselawat ke Dewan Harmoni SMKDMYS.Warga SMKDMYS berpeluang mengikuti ceramah Maulidur Rasul.Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid oleh para pelajar.Majlis diteruskan dengan acara kuiz dan jamuan sebelum bersurai.




perarakan beserta selawat yang dipimpin oleh ustaz mat sharif.
sepatah dua kata.

antara juadah untuk para pelajar.

Sabtu, 14 Julai 2012

Sejarah

~SEJARAH~
Penubuhan sekolah ini bertitik tolak daripada desakan para penduduk sekitar Pekan Nanas yang berpendapat sekolah sedia ada terlalu padat bagi menampung para pelajar yang semakin bertambah. Kewujudan sekolah ini direalisasikan pada bulan Mei 1983 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Pekan Nanas. Buat permulaan, para pelajarnya menumpang di Sekolah Menengah Rendah Pekan Nanas. Akhirnya, pada 1 Januari 1984 sekolah ini memulakan pentadbiran sendiri di bawah pimpinan pengetua pertama iaitu Encik Zakaria bin Atan dan telah berpadu tenaga dengan Yang Dipertua PIBG iaitu Encik Selamat bin Othman.

Pada Oktober 1985,sekolah ini mencipta sejarahnya apabila seramai 93 orang pelajar menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan pada November 1994,seramai 91 orang pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Encik Zakaria Atan menamatkan perkhidmatan sebagai pengetua pada akhir tahun 1991 dan diganti dengan Tuan Haji Sufaat Bin Tumin.Beliau telah mencadangkan nama sekolah ditukar.Nama Allayarham Dato’ Mohd Yunos Sulaiman yang banyak sumbangan baktinya terhadap rakyat Johor telah dipersetujui untuk dijadikan nama sekolah ini. Apabila Tuan Haji Sufaat berpindah ke sekolah lain pada 1994 ,tempat beliau digantikan Tuan Haji Haron bin Kamil.Beliau menyokong cadangan pertukaran nama sekolah ini.Pada tahun 1995,Sekolah Menengah Rendah Pekan Nanas dengan rasminya di tukar namanya kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Yunos Sulaiman.
Pada tahun 1998,sekolah ini mendapat pengetua baru iaitu Cik Lim Jit Eng di samping yang dipertua PIBG baru iaitu Tuan Haji Abd.Wahab bin Ahmad. Pada masa yang sama, sekolah ini telah di naik taraf menjadi sekolah gred A. Hal ini demikian kerana, sekolah ini mendapat sebuah dewan besar, asrama harian, rumah guru dan lain-lain prasarana moden untuk kemudahan para pelajar dan penduduk tempatan.

Pada bulan November 2004, sekolah ini telah menerima pengetua keempatnya iaitu Tuan Haji Ramli bin Yusoff. Sebagai seorang bekas pegawai pendidikan dan pengetua berpengalaman, sekolah di bawah kepimpinan belian ini terus berkembang dari segi fizikal dan maju dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulumnya.

Mulai Januari 2007, sekolah menerima seorang lagi pengetua baru iaitu Puan Hajah Rohayah binti Haji Bajuri. Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan 1 di SMK Sri Kukup. Di bawah dominasi kepimpinannya, SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman semakin gah dengan mencipta kejayaan demi kejayaan. Pada tahun 2009. sekolah ini telah mencatat kejayaan 100% kelulusan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008. Hal ini merupakan satu kejayaan yang menjadi kenangan terindah buat warga SMK Dato' Moh Yunos Sulaiman. Pada tahun 2009 juga, sekolah telah berjaya melahirkan dua orang PERFECT SCORE dalam STPM dan seorang dalam SPM. Sesungguhnya, kejayaan ini memperlihatkan bahawa kualiti pembelajaran di sekolah ini semakin meningkat setiap tahun. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada mereka yang telah memperoleh kejayaan dalam bidang akademik. Ucapan tahniah juga diberikan kepada penjana akademik sekolah yang telah bertungkus lumus menaikkan taraf pendidikan di sekolah ini.
SMKDMYS SEKOLAH GEMILANG,
GURU CEMERLANG, PELAJAR TERBILANG.

Jumaat, 13 Julai 2012

PENGETUA (1984-kini)



PENGETUA-PENGETUA SMKDMYS

- Encik Zakaria bin Atan-
(1984-1991)

-Tuan Haji Sufaat bin Tumin-
(1992-1994)

-Tuan Haji Haron bin Kamil-
(1995-1997)

-Cik Lim Jit Eng-
(1998-2004)

-Tuan Haji Ramli bin Yusoff-
(2004-2006)

-Puan Hajah Rohayah binti Haji Bajuri-
(2007-KINI)


copyright@SMKDMYS1984.blogspot.com