Pada tahun 1998 sekolah ini mendapat pengetua baru iaitu Cik Lim Jit Eng di samping Yang Dipertua PIBG yang baru dipilih iaitu Tuan Haji Abd. Wahab bin Ahmad.Pada masa yang sama sekolah ini telah dinaik taraf menjadi sekolah gred A.Hal ini demikian kerana sekolah ini telah mengalami peningkatan dalam pelbagai aspek termasuklah pertambahan pelajar dan kelas.Selain itu,sekolah ini telah mendapat sebuah dewan besar,asrama harian,rumah guru dan lain-lain prasarana moden untuk kemudahan pelajar dan penduduk tempatan.
Pada bulan November 2004,sekolah ini telah menerima pengetua keempatnya iaitu Tuan Haji Ramli Bin Yusoff.Sebagai bekas pegawai pendidikan dan pengetua berpengalaman,sekolah di bawah kepimpinannya ini terus berkembang dari segi fizikal dan maju dalam bidang kurikulum dan kokurikulumnya.
Mulai Januari 2007 sekolah menerima kehadiran pengetua baru iaitu Puan Rohayah Binti Haji Bajuri.Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan 1 di SMK Sri Kukup.Di bawah dominasi kepimpinannya,SMK Dato’Mohd Yunos Sulaiman semakin gah dengan mencipta kejayaan demi kejayaan.Pada tahun 2009, sekolah kita telah mencatat kejayaan 100% kelulusan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008.Hal ini merupakan satu kejayaan yang menjadi kenangan terindah buat warga SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman.Pada tahun 2009,sekolah telah berjaya melahirkan dua orang perfect score dalam STPM dan seorang dalam peperiksaan SPM.Sesungguhnya,kejayaan ini memperlihatkan bahawa kualiti pembelajaran di sekolah ini semakin meningkat pada setiap tahun. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada mereka yang telah memperoleh kejayaan dalam bidang akademik.Ucapan tahniah juga diberikan kepada para penjana akademik sekolah yang telah bertungkus lumus menaikkan taraf pendidikan di sekolah ini.
~VISI~
Sekolah unggul penjana generasi terbilang.
~MISI~
Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.
~LAGU~
Tekun rajin berusaha
Tambahkan ilmu dan berjasa
Kamilah harapan nusa
Capai cita jaya..
Berbaktilah semua
Jayakan azam kita
Berdisiplin dan berhemah mulia
Sejahtera hidup berjaya..
~LOGO~


Bulatan besar berwarna kuning melambangkan pembangunan sains, teknologi dan perindustrian.

Objek buku menunjukkan bahawa sekolah itu sumber atau gedung ilmu.

Lingkaran /tiga bulatan melambangkan sukan dan permainan sebagai aktiviti kecergasan mental dan fizikal.

Warna hijau melambangkan pertanian dan keharmonian.

Warna kuning melambangkan disiplin dan ketaatan kepada negara.